.

The Reds kempunan lagi

Emre Can berjaya menyudahkan gol penyamaan Liverpool hasil hantaran Divock Origi

Anfield : Bermain di gelanggang sendiri, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 menentang Rubin Kazan biarpun The Reds berdepan 10 pemain susulan kad merah yang dilayangkan pada separuh masa pertama saingan Europa League.

Biarpun Klopp menjanjikan aksi baik daripada anak buahnya namun Liverpool tersentak apabila penyerang pasukan Rusia , Marko Devic membuka tirai jaringan seawal minit ke-15 menerusi hantaran bola lambung kapten Oleg Kuzmin.

Malangnya, kapten itu terpaksa dibuang padang pada minit ke-37 susulan kad kuning kedua setelah melakukan asakan yang membahayakan.

Layangan kad merah itu diikuti sepakan percuma buat Liverpool yang dimanfaatkan Emre Can menerusi hantaran perancang Philippe Coutinho.

Babak kedua ternyata berpihak Liverpool namun terus bergelut untuk mencemari pintu gol pihak lawan biarpun beraksi di hadapan penyokong The Kop di Anfield.

Christian Benteke hampir menyempurnakan pemulihannya daripada kecederaan dengan gol penentu tetapi percubaannya tidak membuahkan hasil.

Selepas selesai pusingan pertama, Liverpool dilihat sedang tercari-cari rentak kemenangan berikutan keputusan seri bagi ketiga-tiga perlawanan.

Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :