.

Kanak-kanak tanggung azab kepala terlekat di dinding

sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun terpaksa menahan sakit kira-kira setengah jam apabila kepalanya tersepit di celah dinding rumahnya di Bandar Tasek Kesuma, Semenyih, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi, mangsa Muhammad Izzul Sufi Zulkifli dikatakan sedang bermain di celah dinding di luar rumahnya dan kemudian gagal mengeluarkan kepalanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Khairul Anuar Yaacob berkata lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 8.40 pagi.
"Kami terpaksa memecahkan sebahagian dinding bagi mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit itu.
"Operasi itu selesai kira-kira pada pukul 9 pagi dan mangsa sudah diserahkan kepada ibu bapanya," katanya. -- BERNAMA
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :