.

Penyakit MERS berbahaya di Korea sebabkan kematian

mers

Seoul: Seorang pesakit barah paru-paru yang dijangkiti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) meninggal dunia semalam, rakyat Korea Selatan ke-10 mati sejak virus itu mula menular di negara itu bulan lalu.
Lelaki berusia 65 tahun itu yang disahkan dijangkiti MERS pada 7 Jun lalu sebelum ini dirawat di wad sama dengan seorang pesakit yang kemudian disahkan dijangkiti virus itu.



Pada masa sama, Seoul melaporkan 14 kes baru, termasuk seorang wanita hamil.
Ia meningkatkan jumlah kes yang disahkan di negara itu kepada 122, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, pusat beli-belah, restoran dan pawagam di Korea Selatan melaporkan penurunan mendadak pendapatan selepas orang ramai mengelak untuk berada di kawasan sesak.

Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :