.

Pendaki wanita Singapura didapati terkorban dalam gempa di Sabah


Ranau: Seorang pendaki yang bertugas sebagai doktor mendakwa seorang pendaki dari Singapura terbunuh akibat kejadian gegaran yang berlaku di Gunung Kinabalu. Mengikut dakwaan Dr Redzlan Abdul Rahman berasal dari Pulau Pinang yang secara kebetulan turut melakukan pendakian di Via Ferrata, dia turut memeriksa nadi pendaki wanita yang berusia 20an itu dan didapati tidak berdenyut.

 "Ketika melalui lereng Via Ferrata, saya sempat memeriksa nadi mangsa dan didapati tidak berdenyut. "Rakan-rakannya terpaksa meletakkan mangsa di tepi lereng gunung sementara menanti ketibaan pasukan penyelamat, " katanya mengulas kejadian yang berlaku kira-kira 1 tengah hari itu. Redzlan dijadualkan tiba di Timpohon jam 5 petang ini selepas mengikuti ekspedisi seramai 15 pendaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin, Raub, Pahang semalam.
Previous
Next Post »
widgets
1 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

1 comments:

comments
Redzlan
admin
20 October 2015 at 17:23 ×

Just to correct the facts: Saya berasal dari Raub, Pahang. Bukan mendaki Via Feratta, saya jumpa mayat di tepi jalan/trail semasa turun dari Laban Rata.

Tahniah Redzlan
Balas
avatar