BEAUFORT: Seramai 50 orang penumpang dilaporkan telah menempuh detik cemas apabila kereta api yang dinaiki tergelincir dari landasan sejauh kira-kira 50 meter ketika dalam perjalanan ke Tenom selepas berlepas dari Stesen Kereta Api Beaufort, di sini.
Kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari di Kampung Batu 60 itu menyebabkan dua daripada tiga gerabak kereta api berkenaan hampir terbalik menyebabkan penumpang tertindih sesama sendiri. Tiada kecederaan dilaporkan namun insiden itu menyebabkan penumpang terkandas sebelum bantuan tiba.