Yang jelas perhimpunan sejak pukul 2.30 petang itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa lokasi penting di sekitar pusat bandar selain mengganggu urusan seharian masyarakat termasuk pelancong. Peserta mula berkumpul di sekitar pusat membeli-belah Sogo, Masjid Negara, Masjid Jamek, Dataran Maybank, Pasar Seni dan Puduraya sebelum bergerak ke Dataran Merdeka dan KLCC.
Ada juga peserta perhimpunan yang merempuh penghadang yang diletakkan pasukan keselamatan di Dataran Merdeka, selain terdapat peserta yang melemparkan bom asap ke arah pintu kaca sebuah bank di kawasan Masjid Jamek.
Ada juga peserta yang berpakaian hitam mencetuskan kekecohan dengan melempar mercun bola dan kata-kata kesat tetapi pihak polis berjaya mengawal keadaan. Menurut jurucakap trafik Kuala Lumpur, setakat ini keadaan masih terkawal dengan pemantauan turut dilakukan melalui helikopter Polis Diraja Malaysia.
Kebanyakan peserta mengenakan t-shirt merah yang tertera slogan membantah pelaksaanan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang bermula 1 April lepas. Beberapa pemimpin pembangkang dilihat menyampaikan ucapan di beberapa lokasi terlibat. - BERNAMA
Namun begitu penyokong berbaju hitam sebenarnya telah banyak menganggu keamanan demo berkenaan. Pastinya tragedi yang lalu akan berlaku semula sekiranya penyokong ini membuat kacau. Bagi BOK Media peserta demo telah menjalankan tugas mereka dengan baik..