.

Skuad Dolah Saleh bukan lawan Oman



Kemahiran taktikal dan kelincahan pemain bola sepak Oman jelas membuatkan anak buah Dolah Saleh bukan lawan sebenar mereka. Mempunyai fizikal yang mantap antara salah satu faktor pasukan dari Asia Timur itu mudah mengawal perlawanan ketika menentang skuad kebangsaan.

Dalam aksi persahabatan tersebut menyaksikan skuad kebangsaan yang dibimbing Dolah Saleh dibelasah 6-0 . Ia adalah keputusan yang sangat mengecewakan memandangkan Oman yang berada di ranking 96 dunia , adalah sasaran utama buat skuad bola sepak negara memperbaharui ranking baharu.

Kapten kebangsaan , Safiq Rahim diperintah keluar padang selepas menerima kad merah apabila melakukan terjahan keras pada separuh masa kedua. Keadaan tersebut memberi peluang kepada Oman untuk melancarkan serangan bertali arus ke gawang pasukan kebangsaan.

Walaupun keadaan padang agak teruk, namun itu bukanlah alasan yang boleh diterima kerana Ia adalah perkara biasa yang turut berlaku di Malaysia. Kekalahan tersebut menjadi tanda tanya sama ada Dolah Saleh wajar menjadi jurulatih kebangsaan atau digugurkan.

Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :