.

Kesihatan Lee Kuan Yew makin pulih


SINGAPURA: Keadaan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang dimasukkan ke Hospital Besar Singapura pada 5 Februari akibat radang paru-paru yang teruk, kini bertambah baik sedikit, kata Pejabat Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan pejabat itu menjelaskan Lee, 91, masih diberikan ubat pelali dan dibantu ventilasi mekanikal di Unit Rawatan Rapi. Beliau terus diberikan antibiotik.

Lee, Perdana Menteri pertama Singapura yang meneraju kerajaan dari 1959 hingga 1990, dianggap antara perdana menteri paling lama berkhidmat di dunia. - BERNAMA
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :