Seorang wanita warga Indonesia bertindak nekad membakar lelaki Bangladesh kerana tidak membayar hutang seperti dijanjikan dalam satu kejadian berhampiran Pasar Awam Kampung Baru di Bukit Mertajam, semalam, kata polis.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mazlan Kesah berkata, siasatan
awal mendapati wanita berumur 35 tahun itu marah terhadap mangsa kerana tidak
membayar wang yang dipinjamnya sejak bulan lalu.
"Mereka
dikatakan memang mengenali antara satu sama lain dan difahamkan wanita
berkenaan telah meminjamkan sejumlah wang kepada mangsa dan lelaki itu berjanji
untuk membayarnya.
"Walau
bagaimanapun sehingga Selasa, mangsa gagal membayar wang yang dipinjam dan
lelaki itu juga dikatakan langsung tidak menjawab pangilan telefon wanita
berkenaan sehingga membuatkan dia berang dan bertindak membakar mangsa,"
katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam
kejadian 7.50 pagi semalam, seorang lelaki Bangladesh melecur di beberapa
bahagian badan berikutan tindakan wanita terbabit.
Ketika
kejadian, lelaki berkenaan dan rakan senegaranya menunggang motosikal untuk ke
tempat kerja di tapak pembinaan itu sebelum ditahan wanita terbabit dan sebaik
berhenti, wanita itu terus menyimbah sejenis cecair dipercayai petrol ke arah
mereka serta menyalakan api pada sehelai kain dan melemparnya ke arah kedua-dua
lelaki itu.
Mazlan
berkata, polis telah merekod keterangan rakan mangsa yang sempat menyelamatkan
diri dan dua saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan kes
itu.
Beliau
berkata, mangsa yang berusia 32 tahun dan bekerja kontrak di tapak pembinaan
itu melecur lebih 80 peratus di badannya dan masih dirawat di Hospital Bukit
Mertajam.
"Lelaki
itu belum sedarkan diri dan menurut doktor yang merawatnya, keadaan mangsa
stabil walaupun kesan melecur di badannya agak teruk," katanya.
Beliau
berkata, wanita yang ditahan itu bekerja di kilang di kawasan Perai dan direman
tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana
cubaan membunuh