.

TMJ sah tinggalkan FAM kerana tidak berpuas hati


Kuala Lumpur: Ramai yang beranggapan tindakan tersebut berkait dengan FAM tidak meluluskan permohonan untuk menunda perlawanan menentang Selangor namun meluluskan permohonan Pahang.

Ketidakadilan itu memaksa Presiden PBNJ itu meletakkan jawatannya yang dimaklumkan menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers malam tadi.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kenyataannya turut berkongsi impiannya mengenai badan induk bola sepak negara itu.



"Satu impian di mana suatu hari nanti badan pentadbir bola sepak Malaysia akan dikendalikan oleh golongan yang berdedikasi, pro­fesional dan berpengetahuan tentang bola sepak, dan bukannya ditadbir oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik.

Saya impikan suatu hari nanti, para penyokong bolasepak tempatan lebih bertamadun dalam menyokong pasukan masing-masing dan tidak berbalah sesama sendiri,"katanya.

Presiden PBNJ itu jelas meluahkan kekecewaannya dengan FAM sekaligus mengumumkan perletakkan jawatannya.
Previous
Next Post »
widgets
2 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

2 comments

comments
Anonymous
admin
20 February 2015 at 21:50 ×

FAM kdg2 bodo.. knala fair..

Balas
avatar