.

Tanah Runtuh berhampiran Taman Taiping Villa


TAIPING: Jalan Utama Taiping Villa terpaksa ditutup kerana berlaku kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pukul 7.30 malam tadi.

Kemalangan tersebut langsung tidak memberi sebarang kemalangan jiwa terhadap sesiapa dan hanya mengalami kerosakan pada pagar perumahan yang berhampiran kawasan tersebut.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Taiping berkata, kawasan tanah runtuh itu membabitkan kawasan bukit berhampiran setinggi kira-kira 16 meter yang turut menjejaskan sebuah pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB).

"Kerja-kerja mengalihkan pokok dan membersihkan tanah runtuh kini sedang giat dijalankan dan laluan itu akan dibuka semula sebaik kerja pembersihan selesai," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :