Tali yang digunakan untuk melaksanakan hukuman bunuh terhadapbekas pemimpin Iraq, Saddam Hussein telah dipamerkan untuk lelongan dengan tawaran terbaru bernilai $ 7 juta.
Pemilik tali berkenaan yang juga merupakan bekas perdana menteri Iraq Mowaffak al-Rubaie mahu menjual tali gantung berkenaan.
Dikhabarkan juga pemilik tali berkenaan mahu menambah angkanya sekiranya pembeli sanggup membelinya dengan harga yang tinggi .Berapa pun jumlah yang dibayar, wang tersebut perlu diserahkan kepada kerajaan Iraq .