Sturridge merindui aksi terbaiknya bersama Luis Suarez musim lepas, mengharapkan ia akan berulang lagi pada musim ini. Gandingan Suarez dan Sturridge telah mencetuskan fenomena baru di mata seluruh peminat bola sepak dunia sehingga diberi jolokan SAS (Sturridge and Suarez). Sturridge , sebelum ini terpaksa berehat hampir setengah musim kerana kecederaan,kini telah kembali cergas beraksi dengan Liverpool.
Walau bagaimanapun, Sturridge memberitahu dia masih mencari rentak persefahaman yang baru selepas kehilangan Suarez yang berhijrah ke Barcelona. Dia juga memberitahu bahawa , dia mahukan Balotelli menjadi pengganti kepada Suarez.
Sturridge percaya mereka berdua mampu menjadi gandingan pemusnah yang terbaik seperti mana dia bersama Suarez.
Melihat kepada kejayaan Balotelli meledak gol pertamanya dalam liga musim ini ketika menentang Tottenham tempoh hari, pasti memberikan dia semangat yang baru untuk menjaringkan lebih banyak gol.
Disebut mengenai Philippe Coutinho, Sturridge mengharapkan Rodgers sentiasa menurunkannya kerana Coutinho sentiasa melakukan hantaran yang baik untuk Sturridge mejaringkan gol.