.

Pelakon dan Penyampai Radio Sarimah Ibrahim Sah Bercerai Talak 3


Sarimah Ibrahim lega selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan penceraian talak tiga dengan bekas suaminya warga Australia, enam tahun lalu adalah sah dan mengikut hukum syarak.

Hakim Syarie Umamuddin Yunus memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan pasangan berkenaan. Sarimah dan Amir Andrew John Browning hadir ke mahkamah dua hari berturut-turut bagi mendapatkan pengesahan pernikahan mereka di Islamic Foundation of Ireland pada 13 Mei 2006 dan lafaz cerai yang dibuat Andrew di rumah mereka di Mont Kiara pada 15 Mei 2009.

 Sarimah mengemukakan permohonan pengesahan pernikahan dan penceraian dengan bekas suaminya itu kerana artis itu bakal bernikah April depan. Pada prosiding semalam, Sarimah dan bekas suaminya memberi kenyataan berhubung penceraian itu. Sarimah menyatakan bahawa Andrew melafazkan “I divorce you” sebanyak tiga kali sambil disaksikan tiga adik lelakinya.

 Hakim mensabitkan jatuh talak tiga kali pertama terhadap mereka dan mengarahkan penceraian itu didaftarkan. Sementara itu, Sarimah yang diwakili peguam Marlina Amir Hamzah hadir ke mahkamah ditemani tunang dan adik lelakinya.

Sarimah dan Amir bercerai selepas berkahwin hampir empat tahun dan tidak dikurniakan cahayamata. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kini Kau Tiada’ itu bakal melangsungkan pernikahan dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie. Majlis bakal berlangsung di Hotel Prince ada April depan.-Sinar Harian
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :