.

Pahang bakal didenda kerana membakar suar


PAHANG: Selepas tamat perlawanan membabitkan pasukan Pahang dan Selangor, sekumpulan penyokong Pahang didapati telah membakar suar. Namun disebabkan kejadian tersebut berlaku di Stadium Darul Makmur sudah pasti Pahang tidak akan terlepas dari dikenakan tindakan.

Insiden ini merupakan yang pertama berlaku bagi tahun 2015.

Budaya membakar suar ini sudah pun dianggap sebagai budaya lapuk dan tidak lagi diamalkan di liga-liga berprestij lain terutama di England kerana ianya sama sekali tidak membawa kebaikkan kepada sesiapa.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan PBNP Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah berkata tahun lalu saja Pahang terpaksa membayar kira-kira RM70,000 jumlah denda ekoran insiden membakar suar.

Mengikut undang-undang FAM, RM5 ribu akan dikenakan bagi satu suar.
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :