Melihat kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh, pemerhati politik membuat andaian bahawa Nurul Nuha iaitu anak kepada Anwar Ibrahim bakal menggalas tanggungjawab sebagai ahli parlimen Permatang Pauh yang baru, bagi meneruskan legasi keluarga itu.
Anak kedua Anwar itu merupakan seorang suri rumah dan mempunyai kelulusan Ijazah Teknologi Seni dan Visual dari Universiti George Mason, Amerika Syarikat. Nurul Nuha dikatakan bakal memulakan kempen awal yang mahu menegakkan keadilan terhadap bapanya kerana dianiaya.
Nurul Nuha diperkenalkan oleh kakaknya Nurul Izzah dalam satu sidang media di kediaman rumah mereka. Namun, Nurul Izzah tidak menyatakan bahawa adiknya bakal melibatkan diri dalam politik.