.

Liga Perdana 2015 : 6 Februari 2015




Saingan kancah bola sepak Liga Perdana Malaysia (Liga Premier) musim 2015 telah membuka tirainya semalam apabila 12 pasukan telah berentap bagi menentukan juara musim ini.

Ia merupakan edisi ke-12 dalam Liga Perdana Malaysia sejak penjenamaan semula format perlawanan.

Kehangatan liga perdana juga turut hangat dirasai selain liga super yang akan berlangsung malam ini.

Analisis Perlawanan :

Lima gol skuad 'Helang Merah' dijaringkan oleh Mohd Hanif Mat Dzahir pada minit ke-24; Keith Murtu Nah (48' dan 50), Baddrol Bakhtiar (61') dan Chidi Edeh pada minit ke-90 manakala gol tunggal pasukan pelawat disumbang oleh pemain import dari Nigeria, Michael Chukwubunna Ijezie pada minit ke-68.


PKNS FC turut memungut tiga mata selepas mengatasi wakil kelab dari Terengganu, T-Team 2-0 menerusi sentuhan penyudah pemain import dari Argentina, Gonzalo Soto pada minit ke-60 dan lima minit kemudian oleh Mohd Munir Amran pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.


Negeri Sembilan, dengan gelaran Matrix dan membuat pelaburan besar pada musim ini, melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas DRB Hicom FC di Stadium Hang Jebat, Melaka.Pasukan pelawat bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal Mohd Fakrul Aiman Sidid pada minit ke-17 sebelum bangkit meledak tiga gol menerusi Jean Alexandre pada minit ke-18; Francis Forkey Doe (51') dan G. Puaneswaran pada minit ke-78.


Turut meraih tiga mata berharga adalah pasukan Sabah yang menundukkan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Merdeka di sini, hasil jaringan penalti pemain import dari Senegal, El Hadji Diouf pada minit ke-45 dan Shafuan Adli Shaari pada minit ke-58.


Pasukan selatan tanah air, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pula menerima tentangan sengit daripada UiTM FC sebelum menang tipis 2-1 di Stadium UiTM, Shah Alam. Pemain antarabangsa Singapura, Mohd Shahril Ishak, yang juga kapten pasukan, meletakkan skuad 'Harimau Selatan' di hadapan seawal minit kesembilan sebelum Dao Bakary menyamakan kedudukan untukpasukan tuan rumah pada minit ke-29.Penyerang import dari Argentina, Leandro Sebastian Velazquez memastikan tiga mata penuh menjadi milik JDT II selepas meledak jaringan kemenangan pada minit ke-80.


Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang sekadar menang tipis 1-0 ke atas juara Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2014, Kuantan FA dari Pahang hasil jaringan sendiri pemain pelawat, Lee Kwang-Hyun pada minit ke-53. -Stadium Astro






Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :