.

Kerajaan terima dividen RM26b daripada Petronas


Kuala Lumpur: Syarikat pengeluar minyak dan gas Malaysia, PETRONAS mencatat keuntungan bersih RM47.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, susut 27 peratus berbanding RM65.6 bilion pada tahun kewangan 2013.

Bagaimanapun, pendapatan yang diraih firma minyak dan gas nasional itu pada tahun lalu meningkat empat peratus kepada RM329.1 bilion berbanding RM317.3 bilion pada tahun sebelumnya.

Pada suku keempat 2014, PETRONAS mencatatkan kerugian bersih RM7.3 bilion berbanding untung bersih RM12.8 bilion yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Ia adalah kerugian bersih sukuan pertama PETRONAS sejak ia melaporkan prestasi kewangan mengikut suku tahun sejak lima tahun lalu.

Penurunan prestasi PETRONAS pada 2014 adalah disebabkan kejatuhan harga minyak yang secara puratanya berada pada AS$98.99 tahun lalu, sembilan peratus lebih rendah berbanding 2013.

PETRONAS juga terjejas dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) yang secara puratanya berada pada AS$3.27 tahun lalu, berbanding purata AS$3.15 pada 2013.

Bagaimanapun, ia diimbangi oleh peningkatan lima peratus pengeluarannya sepanjang tahun lalu.

Berikutan prestasi itu, PETRONAS akan membayar dividen RM26 bilion kepada kerajaan pada tahun ini.
Keputusan kewangan 2014 PETRONAS diumumkan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Sumber: Berita Harian
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :