.

John Terry risau keadaannya di Chelsea


Kapten Chelsea, John Terry memberitahu media bahawa, beliau  masih tidak mendapat sebarang  tawaran  kontrak baru yang dikemukan oleh pihak pengurusan Chelsea. Situasi tersebut jelas merisaukan baginya yang mengharapkan Stamford Bridge adalah halaman terakhir kariernya sebagai pemain bola sepak .Namun  bekas pertahanan England itu yang berusia 34 tahun percaya pengurusan Chelsea akan mengemukakan tawaran untuk menyambung semula kontraknya pada akhir musim ini.

Sedar akan usianya, Terry memahami situasi kelab yang pastinya akan memberi keutamaan memperbaharui kontrak untuk generasi yang lebih muda, contohnya Eden Hazard telah pun  menandatangani perjanjian baru bersama Chelsea iaitu selama 5 tahun, baru-baru ini.

Namun Terry berharap, pihak pengurusan akan menilai tahap sebenarnya dan mengharapkan keputusan yang baik daripada mereka.
Previous
Next Post »
widgets
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :