Seorang guru wanita yang berusia 36 tahun kini dalam keadaan yang cukup parah apabila dilanggar lori dan kemudiannya sebuah kereta. Kejadian tersebut berlaku di persimpangan Jalan Kota Bharu - Gua Musang, Kuala Kerai Kelantan.
Beliau yang juga merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Lela Jasa di Laloh kini dirawat di Hospital Kuala Krai bagi mendapat rawatan sewajarnya.
Manakala pemandu kereta yang dirempuh oleh guru tersebut hanya mengalami kecederaan ringan kerana sempat keluar dari kenderaan tersebut.
p/s: Semoga mereka selamat sentiasa.
pix: Gambar sekadar hiasan