Pengurus Besarnya Kevin Lee berkata sebagai pengedar tunggal Neato Robotics di Malaysia, mereka telah menghubungi rakan niaga di Amerika Syarikat dan bagi mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan tindakan ini.
"Kami berharap pengedar dan penjual tidak sah ini tidak memasarkan apa-apa produk yang mewakili Neato Robotics di mana ia boleh menimbulkan salah faham kepada pengguna.
"Mereka adalah pengedar dan penjual yang tidak sah, sepatutnya mereka tidak terlibat dalam kempen promosi jenama yang berkaitan.
Beliau juga berkata Corvan Technology menggesa para pelanggan Neato BotVac Robotic Vacuums supaya berhati-hati dengan pengedar tidak sah.
Kevin juga berkata, Corvan Technology tidak pernah bekerjasama atau memberi arahan kepada RoboVac Malaysia untuk mewakili jenama mereka dalam apa-apa bentuk.
“Buat ketika ini kami akan memantau keadaan semasa dan kami bersedia untuk mengambil apa-apa tindakan sewajarnya. Objektif kami adalah untuk melindungi keperluan pengguna,” kata Kevin.
Setakat 7.30 pm ini tiada langsung maklumat yang diambil dalam menangani masalah ini.