LONDON: Chelsea dan Everton sudah didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) atas kegagalan mengawal pemain masing-masing tetapi Branislav Ivanovic tidak akan berdepan hukuman selepas pergeseran dengan James McCarthy.
Pemain pertahanan The Blues itu terbabit dalam insiden besar itu dengan McCarthy yang menyaksikan bintang Toffees itu, Gareth Barry dibuang padang pada minit ke-86 di Stamford Bridge, Rabu lalu.
Satu panel terdiri daripada bekas pengadil yang mengkaji insiden itu berpendapat dia tidak harus dilayangkan kad merah ketika menghantuk McCarthy dari bahagian belakang kepalanya.
FA juga menyiasat dakwaan di media sosial bahawa Ivanovic menggigit McCarthy. Pihak berkenaan mengkaji rakaman video dan mendapati dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Walau bagaimanapun kedua-dua pasukan bakal menerima nasib yang sama dari FA England. -Agensi