Apa itu Nuffnang?
Nuffnang merupakan agensi pengiklanan yang terbesar di Asia seperti Google Adsense. Cuma google adsense pulangan dia lebih masyuk daripada Nuffnang dan kalau dah masyuk confirm susah nak mohon berbanding Nuffnang. Banyak syarikat mendaftarkan iklan mereka di Nuffnang kerana reputasinya sebagai agensi pengiklanan di Asia sangatlah tinggi.
Bagaimana nak dapat duit melalui Nuffnang?
Nuffnang menawarkan anda dua cara untuk memperoleh wang darinya iaitu melalui CPC dan CPUV
1. CPC atau Cost Per Click : Melalui CPC anda akan memperoleh wang apabila pelawat yang berkunjung ke website@blog anda telah klik pada ruangan iklan yang telah anda pamerkan.Sekiranya anda bukan ahli Glitterati anda akan diberikan RM0.15 untuk satu klik dan RM0.25 sekiranya anda adalah ahli berstatus Glitterati.
2.CPUV atau Cost Per Unque View : Melalui CPUV anda tidak perlu risau mengenai siapakah yang akan klik iklan anda kerana ia akan dibayar berdasarkan jumlah pelawat ke blog anda. Ia hanya disediakan untuk ahli Glitterati.
Bagaimana untuk memohon ahli Glitterati??
Ahli Nuffnang yang berdaftar akan menerima status ini selepas anda memaparkan keseluruhan iklan yang disediakan oleh pihak Nuffnang. Bagi saya ia agak sukar untuk mendapatkan status ini walaupun anda berjaya memaparkan keseluruhan iklan tersebut. Saya menasihati anda supaya membuat satu artikel yang menarik dan sentiasa dikemaskini kerana ia mudah untuk menarik trafik ke blog anda. Cara mudah adalah anda share dan promosi link website anda dalam group fb.
Akan bersambung tutorial yang menarik...
#8share dan Churp-churp