Jurulatih Borussia Dortmund Jurgen Klopp yakin bahawa pasukannya mampu bangkit seterusnya selamat dari zon penyingkiran. Berbaki 11 perlawanan Klopp berharap pasukannya bangkit dengan penuh azam baru. Klopp mengakui ia agak sukar untuk dilakukan namun beliau menaruh harapan yang tinggi serta memberi kepercayaan kepada anak buahnya untuk melakukan yang terbaik.
Kegagalan Dortmund musim ini jelas memberi tanda tanya kepada skuad itu. Dortmund merupakan pasukan yang kuat sebelum ini jelas tempang pada musim ini. Dortmund akan bertemu Mainz 05 pada hari Sabtu ini.